Jumaat, 26 Ogos 2011

Kaunter Bergerak MPSJ 2011, Bulan Ogos Di IOI Mall


Minggu ini adalah minggu terakhir untuk kaunter bergerak Majlis Perbandaran Subang Jaya  ( MPSJ ), bagi bulan Ogos. Tarikhnya, adalah 27 hingga 28 Ogos 2011 ( Sabtu dan Ahad ini).

Maklumlah, minggu ini juga minggu yang terakhir untuk umat Islam berpuasa dan bakal menyambut Hari Raya   pada 30 haribulan ini. Insya-Allah.  Dalam kesibukan tersebut, Marilah sama-sama kita membayar cukai dan hutang yang belum terlangsai dengan MPSJ ini.  Bukan apa, nanti terlupa dan asyik tertangguh untuk membayarnya. 

Lagipun, tawaran bayaran kadar rata kompaun masih terbuka sehingga 29 haribulan ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membayar cukai. 

Sambil Berbelanja raya untuk membeli keperluan untuk menyambut syawal yang bakal menjelang tiba, mohonlah singgah di kaunter bergerak MPSJ ini. Supaya kalian boleh menyemak sama kalian ada hutang atau cukai yang belum dijelaskan lagi.

Pesanan terakhir, Tunaikan Tanggungjawab Kalian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...