Mula bertolak dari rumah pukul 11 pagi dengan menaiki bas. Saya mengambil dari Puchong ke Kuala Lumpur (bas U69) dan Kuala Lumpur ke Shah Alam (U80). Masa perjalanan yang sangat panjang. Bas sering berhenti-henti mengambil penumpang. Hanya melelapkan saja yang mampu dibuat sepanjang perjalanan.
Setelah sampai di Shah Alam saya terus berjalan kaki untuk pergi bangunan SUK di atas bukit. Memang bas ada disediakan. Namun, saya rasakan masa tidak mengizinkan untuk menaiki bas yang disediakan itu supaya dapat sampai secepat yang boleh sebelum majlis berakhir. Syukur, saya dapat sampai lebih kurang pada jam 2. 15 petang.
Bila dah sampai, apa lagi masuk melalui pintu gerbang yang tersedia sambil bersalaman dengan exco-exco kerajaan negeri dan pegawai yang berada di situ. Mereka turut menghulurkan duit raya kepada saya dan tetamu yang hadir.
Selepas itu, masa untuk menjamu selera. Menjamah makanan yang disediakan. Hampir semua makanan di situ dirasai. Antaranya, Cendol, Lemang dan Rendang serta tidak ketingggalan makanan yang mesti ada dalam mana-mana majlis yakni sate. Pencuci mulut dan rojak turut disediakan.
Walaupun disediakan di kawasan dataran, tandas bergerak ada disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melepaskan hajat mereka. Kemudahan yang sangat penting dalam sebuah majlis. Bagus, Bagus.
Tangki air disediakan untuk memudahkan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
Sebelum pulang, saya sempat bersalam-salaman dengan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor .
Setelah saya habis menjamah hampir semua juadah makanan yang ada di situ, masa untuk pulang kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
saya ucapakan terima kasih kerana sudi menjemput rakyat marhaen macam saya ini.
Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan