Khamis, 7 Julai 2011

Tawaran Hebat!!! Bayaran Kompaun hanya RM 10


Semalam saya terpandang satu banner yang tergantung di sebuah billboard yang menyatakan bayaran kompaun untuk kesalahan lalu lintas dalam kawasan pentadbiran MPSJ hanya RM 10. Begitu Murah bukan. Bagi kalian yang mempunyai saman atau bil yang ada kaitan dengan kompaun ini. Jelaskan dalam waktu yang terdekat ini. 


Tawaran kadar rata bayaran kompaun ini ialah RM 10 saja. Tawaran hanya sah dari 1 Julai 2011 hingga 29 Ogos 2011. 

Walaupun tempoh pembayaran yang ditetapkan adalah selama dua bulan. Namun begitu, jelaskan dengan kadar segera. Kerana kadang kala kita terlupa. Barangkali juga sibuk dengan kerja dan tugasan harian kita. 



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...