Kenyataan Media tentang kadar zakat RM 7 untuk tahun 2011. |
Kaedah Bayaran
Bayaran zakat ini boleh dibuat melalui amil yang dilantik untuk mengutip bayaran zakat di kawasan kalian. Amil yang bertanggung jawab untuk mengutip bayaran zakat ini, secara kebiasaan akan berada di surau terutamanya pada waktu malam iaitu selepas Solat Tarawih. Itu berdasarkan pemerhatian yang saya buat di beberapa surau. :)
Ini adalah kaedah biasa yang selalu digunakan termasuk saya sekali. Hal ini kerana rumah dekat dengan surau dan bisa merapatkan hubungan silaturrahim. Tambah-tambah lagi di bulan yang mulia ini.
Selain itu, bayaran zakat boleh dibuat melalui sms. Bagi maklumat lanjut tentang bayar zakat guna sms, mohon rujuk : guna-sms-untuk-membayar-fitrah. Segala panduan ada disediakan.
Nampaknya bayaran zakat di Selangor semakin dipermudahkan dengan penerapan penggunaan teknologi dalam usaha mempermudahkan urusan pembayaran zakat bagi masyarakat islam di Selangor.
Oleh itu manfaatkanlah semua kemudahan yang ada untuk membayar zakat .
Jangan sampai terlupa untuk menunaikan rukun islam yang keempat ini. Nanti merana diri dibuatnya untuk menanggung azab yang bakal diterima di akhirat kelak.
0 ulasan:
Catat Ulasan