Ahad, 31 Julai 2011

Hari Sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Sabtu menjadi Hari tanpa beg plastik di Selangor. Saya selalu melihat tatkala pengguna membeli barang di pasar raya Jusco, Tesco dan Giant. Mereka perlu membawa beg kertas atau beg go green ketika membeli belah.

Kempen ini telah bermula pada bulan Januari 2010 iaitu pada tahun lalu. Sudah setahun lebih tempoh pelaksanaannya.

Kempen ini juga, telah mendapat sokongan kerajaan pusat apabila mengisytiharkan hari Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik mulai 1 Januari 2011.

Kempen sebegini merupakan satu usaha murni bagi menyelamatkan bumi. Hal ini kerana proses pereputan beg plastik mengambil masa yang agak lama.

Surat Pemberitahuan tentang Pelaksanaan Hari  Sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik.
 Dengan kerjasama semua pihak, menjadi satu harapan kempen ini berjaya dilaksanakan dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...