Selasa, 27 Disember 2011

Oh!Puchong Menang Hadiah Saguhati Pertandingan Blog Kreatif

Beberapa bulan yang lalu, Oh!Puchong telah menyertai pertandingan blog kreatif anjuran Kerajaan Negeri Selangor. 

Keputusan pertandingan ini sudah diumumkan. Oh!Puchong telah mendapat hadiah saguhati saja. Bila dapat tahu melalui kotak email, rasa gumbira terpancar di hati. Hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan-NYA. 




 Majlis Penyampaian Hadiah akan berlangsung adalah seperti berikut:

Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tarikh : Jumaat, 30 Disember 2011
Masa  : / 4.00 petang  (
Baru terima panggilan daripada penganjur memberi info tentang perubahan masa.)

Masa penyampaian hadiah ini, Oh!Puchong tak berkelapangan waktu kerana esok paginya merupakan hari pertama peperiksaan  akhir semester ini. So, Ibu saja akan menjadi wakil untuk menerima hadiah bagi pihak Oh!puchong. 

Sebagai penutup entri ini, Oh!Puchong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah, ibu dan adik-adik (Keluarga Oh!Puchong) dan kawan-kawan  yang memberi  sokongan dan dorongan dari mula hingga berakhirnya kontest ini. Di samping, pihak yang terlibat dengan secara tidak langsung.

0 ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...