Rabu, 13 Julai 2011

Coretan Pengalaman Sertai PTRS

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan sebuah program yang diwujudkan sebagai bantuan pendidikan secara percuma yang berbentuk kelas. PTRS  adalah dikhususkan untuk Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Itulah sedikit sebanyak tentang PTRS yang saya ketahui. 

Oklah sebenarnya, saya ingin berkongsi  coretan pengalaman seorang studen yang pernah menyertai PTRS ini   dan merupakan pelajar SPM 2010. 

Aisya (bukan nama sebenar), telah menyertai PTRS ini melalui seorang kawannya sendiri. Pada awalnya, sekadar ikut-ikut saja.  Aisya menerima pelawaan kawannya itu dan menyertai PTRS. 

Menurut Aisya, cara untuk memohon adalah  melalui setiap adun.  Mereka ada menyediakan borang untuk diisi dan dilengkapkan untuk menyertai PTRS ini.  (Jadinya, kalian boleh rujuk kepada adun masing masing untuk maklumat lanjut).

Menurut aisya lagi, studen yang menyertai PTRS ini akan dibekalkan dengan alat tulis berserta nota bulanan yang berlainan. 

Proses Pembelajaran

Proses Pembelajaran dan Pengajaran bermula dari 7.30 pagi hingga 12. 30. Subjek yang diajar adalah subjek teras saja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Nota Bulanan PTRS 2010 


Rehat diberikan kepada studen pada pukul 9.30 pagi. Semua matapelajaran  yang dinyatakan diajar dalam tempoh 1 jam saja. 

Cara pengajaran setiap guru matapelajaran adalah lebih kepada berbincang dengan studen. Guru yang mengajar sentiasa menggalakkan pelajar untuk mengutarakan pendapat. 

Jika tidak paham boleh tampil ke hadapan untuk berjumpa dengan guru.

Prasarana

Suasana dewan yang selesa dan mempunyai prasarana yang kondusif seperti hawa dingin ( air con) dan meja belajar umpama dalam dewan kuliah universiti. 

Apa yang Menarik?

Suasana ceria terutamanya guru sejarah kerana kelakar dan sering menggunakan singkatan bagi setiap topik. 

Matematik sering melakukan latihan dan homework serta berbincang.

Bahasa Melayu pula, studen berpeluang untuk mengasah bakat untuk kemahiran berfikir dan menggunkan tatabahasa yang betul

Bahasa Inggeris, lebih banyak belajar grammar dan meaning of words. 

Lain-lain

Setiap menjelang ujian gerak gempur akan diadakan bengkel fasa 1 dan fasa 2.

Bagi fasa 1 cara mengajar adalah lebih kepada teknik menjawab kertas soalan dan tajuk yang dijangka dan bakal keluar dalam SPM.

Begitu juga dengan fasa 2, penekanan yang diberikan adalah lebih mendalam lagi.

Sebelum ujian diadakan majlis mohon restu dan solat hajat di Masjid shah Alam. 


 Nota Kaki : 1- Bagi Pelajar UPSR dan PMR saya kurang pasti sama ada  kelas yang disediakan untuk disertai.  
                      2- Inilah hanya sebuah coretan pengalaman ketika menyertai PTRS di Klang.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...