Ahad, 26 Jun 2011

Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011

 Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor merupakan aktiviti tahunan yang dirancang dan dilaksanakan bagi menarik minat untuk membaca. Selain memberi peluang kepada penerbit dan pembaca untuk bertemu dan bersua.

Tahun ini merupakan tahun yang keenam bagi pelaksanaan program seumpama ini.

Untuk kali ini, lokasi Hari ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor telah berpindah dari Kompleks PKNS ke Pusat Kovensyen Shah Alam, SACC.

Majlis dwi Perasmian akan diadakan pada hari ( 26 Jun 2011) pada pukul 10 pagi. Majlis ini akan dirasmikan oleh Tan Sri   Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor sudah bermula  (ketika posting ini ditulis).  Pameran buku diadakan dari 24  Jun 2011 hingga 3 Julai 2011.

Syarikat penerbit buku yang menyertai hari ilmu ini adalah seperti PTS Publication & Distribution, Ana Muslim Distribution, Al Hidayah Of House Publisher dan Cerdik Publication serta banyak lagi yang turut serta.

Apa Yang Menarik Untuk Hari Ini ?


Kempen “15 Minutes Reading Break” merupakan aktiviti yang julung kalinya dibuat. Kempen ini akan bermula pada pukul 10.45 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.


Selain perhimpunan dan konvokesyen  para penulis  turut diadakan. 


Menarik bukan. Sekiranya  berkelapangan, ayuh beramai-ramai turun untuk  memeriahkan lagi. Rugi tau, jika tak turut serta. Lagipun setahun sekali saja. 


Untuk maklumat lanjut, mohon layari : http://pestabukuselangor.my

blogspot




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...