Isnin, 26 Mac 2012

Penggunaan Baucar Buku 1Malaysia dilanjutkan sehingga 30 April ini

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melanjutkan tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BR1M) yang berakhir pada 31 mac ini dilanjutkan kepada 30 April depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata lanjutan tempoh selama 30 hari diumumkan bagi memberi peluang kepada kira-kira 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi yang baru mendaftarkan diri menikmati kemudahan terbabit.

Susulan pengumuman itu, sebanyak 292 kedai buku yang menyertai program berkenaan dikehendaki menerima baucar buku itu.

Selasa, 20 Mac 2012

Jawatan Kosong Editor Perolehan PTS Islamika

Jawatan Kosong Menjadi Rebutan | Editor Perolehan PTS Islamika

Bidang Tugas:
1-Merancangan perolehan manuskrip bagi menghasilkan buku baru.
2. Mengurus program berkaitan aktiviti penulis.

Kriteria penting:
1-Berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam ataupun setaraf dengannya.
2-Networking bagus
3-Boleh bekerja bawah tekanan
4-Kreatif
5-Sukakan buku
6- Aktif dalam bidang ko-kurikulum adalah satu kelebihan.

Emelkan resume ke hrda@pts.com.my ataupun pm sekiranya ada sebarang pertanyaan
. 

Isnin, 20 Februari 2012

Kerja Kosong Di PETRONAS

Kerja Kosong Di PETRONAS 

Sabtu, 14 Januari 2012

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 1 2012/2013


Permohonan kemasukan ke UITM sesi akademik 1 2012/2013 ini, sudah pun bermula iaitu pada 9 januari 2012  lepas dan akan tutup pengambilan pada 10 Februari 2012. Oleh  yang demikian, bagi kalian yang teringin untuk masuk ke UITM,  mohon  bertindak dengan lebih awal kerana mengelakkan sebarang masalah sekiranya, membuat permohonan di saat-saat akhir. 


 Peringkat program yang ditawarkan:

  1. Penerapan ( Khusus untuk pelajar yang sedang belajar di mengikut kategori pengajian)
  2. Profesional
  3. Pengajian Luar Kampus/Setara Sepenuh Masa (program CS,AP,EE sahaja)

Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 9 Januari 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/ MyBSN/ SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 9 Januari 2012 adalah tidak sah untuk permohonan ini).

Untuk Maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 1 2012/2013 Klik sini

Nota :

    • # Bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dari kategori/ lepasan selain dari di atas sila pohon melalui  http://upu.mohe.gov.my





Selasa, 27 Disember 2011

Oh!Puchong Menang Hadiah Saguhati Pertandingan Blog Kreatif

Beberapa bulan yang lalu, Oh!Puchong telah menyertai pertandingan blog kreatif anjuran Kerajaan Negeri Selangor. 

Keputusan pertandingan ini sudah diumumkan. Oh!Puchong telah mendapat hadiah saguhati saja. Bila dapat tahu melalui kotak email, rasa gumbira terpancar di hati. Hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan-NYA. 




 Majlis Penyampaian Hadiah akan berlangsung adalah seperti berikut:

Tempat : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tarikh : Jumaat, 30 Disember 2011
Masa  : / 4.00 petang  (
Baru terima panggilan daripada penganjur memberi info tentang perubahan masa.)

Masa penyampaian hadiah ini, Oh!Puchong tak berkelapangan waktu kerana esok paginya merupakan hari pertama peperiksaan  akhir semester ini. So, Ibu saja akan menjadi wakil untuk menerima hadiah bagi pihak Oh!puchong. 

Sebagai penutup entri ini, Oh!Puchong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah, ibu dan adik-adik (Keluarga Oh!Puchong) dan kawan-kawan  yang memberi  sokongan dan dorongan dari mula hingga berakhirnya kontest ini. Di samping, pihak yang terlibat dengan secara tidak langsung.

Jumaat, 23 Disember 2011

Khir Toyo Dipenjara Setahun, Hak ke atas Hartanah Dilucutkan

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini. 


Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia.


Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.


Bagaimanapun, Mohtarudin membenarkan permohonan pembelaan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.  




-Berita Harian-

Khamis, 8 Disember 2011

Cuti Kelepasan Am Negeri Selangor 2012

Setiap negeri mempunyai cuti kelepasan umum yang tersendiri. So, berikut adalah cuti kelepasan am di Selangor bagi  tahun 2012 :
  1. Tahun Baru 2012                                                            -  1 Januari     (Ahad)
  2. Hari Thaipusam                                                               -  7 Februari   (Selasa)
  3. Hari Nuzul Quran                                                            -  6 Ogos        (Isnin) 
  4. Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  - 11 Disember (Selasa) 

*Semua ini tertakluk kepada perubahan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...